Monday, May 9, 2011

Salam Pulau Pinang...


Tarikh : 9/5/11

Assalamualaikum. Sekarang ini topik yang paling banyak diperkatakan ialah kejayaan kawan-kawan saya mendapat biasiswa dan perubahan alam dari alam sekolah kepada alam Universiti. Akhirnya saya tidak lagi menjadi budak hingusan sekolah. [ Hei, hei, saya ini dah masuk U ok. ] Sekarang ini dah boleh cakap “Sape poei sekolah lagi”. Haha.

Saya tidak mendapat biasiswa dari mana-mana penaja sama ada JPA or MARA. Keputusan SPM saya yang lepas tidak begitu bagus kalau dibandingkan dari kawan-kawan yang lain. Rezeki ada di mana-mana. Ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Mungkin rezeki saya bukan masa ini. Think +ve. Go Faiz Go.

Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UiTM. UiTM Penang, Kampus Bukit Mertajam. Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Walaupun bunyi macam jauh dari Negeri Sembilan yang saya amat cintai ini, tetapi ada benda yang perlu dikorbankan untuk mendapat benda lain. Mungkin benda itu lebih baik dari yang sebelumnya. Sebenarnya, merantau di tempat orang ini amat menyeronokkan. Saya boleh belajar bahasa utara dan dapat pengalaman yang berguna.

Saya juga tumpang gembira atas kejayaan kawan-kawan saya mendapat biasiswa dari JPA ataupun MARA.

MARA : Afnan Rahman, Hanis Mustafah, Helmi Husni, Yazid Boestami, Farid Rusli, Syahirah M.Ruse, Najibah Zahirah dan Alyani Nazirah

JPA : Fadhlina Tukiman dan Suhada Khalid

Saya ucapkan tahniah kepada yang telah mendapat biasiswa.

Saya doakan setiap kawan saya atau classmate berjaya dalam mengejar cita-cita dan impian masing-masing.

Khas buat My Classmate 515 :

Semoga berjaya belajar di Universiti or Matrikulasi.

SAYA AMAT BERBANGGA SEBAB BERKENALAN DENGAN KAMU SEMUA.

Dan JUMPA LAGI NANTI


3 comments: