Apa yang kamu ingin lakukan apabila datang seorang meminta derma daripada anda?
Selalunya ramai tidak akan melayan orang tersebut. Tidakkah kita mngetahui apa yang kita miliki itu datangnya dari Allah swt? Nikmat Allah swt ini perlu kita berkongsi bersama dengan orang lain dengan cara yang betul dan bermanfaat.
Jika kita bersedekah ikhlas kerana Allah swt dan mensyukuri nikmat Allah di dunia, Insyaallah nikmat yang diberikan kepada kita akan digandakan.
Bukan niat saya ingin menunjuk-nunjuk tetapi berdasarkan pengalaman saya, pada satu hari saya berjalan-jalan di sebuah kedai dan saya didatangi seorang meminta derma dari saya. Saya terus mengeluarkan dompet dan memberikan duit kepada orang tersebut tanpa melihat berapa yang saya berikan. Tidak saya menduga yang saya telah memberikan duit terakhir saya kepada orang tersebut.
Beberapa hari selepas itu, saya menerima hadiah daripada ahli keluarga saya yang lebih bernilai dari apa yang saya sedekahkan pada hari yang sudah.
Apa yang ingin kongsikan ialah bersedekah itu tidak merugikan diri kita, tetapi sedekah ialah satu jalan yang diberikan oleh Allah swt untuk kita mendapat nikmat Allah swt yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment