Sunday, November 6, 2011

Titik Akhir dan Mula

Setelah lama bercuti semester, keputusan peperiksaan yang dinanti pun telah diumumkan. Hati ini telah meredai apa yang jua keputusan yang dapat. Kegelisahan semua pelajar UiTM dapat dilihat di " Wall Facebook " masing-masing. Pelbagai perasaan diluahkan. Masa menunggu keputusan untuk diumumkan pada e-mail masing-masing kian semakin panjang. Solat hajat dan doa hanya mampu dilakukan untuk berharap keputusan yang bakal diterima kelak akan mengembirakan hati diri sendiri dan kedua-dua ibubapa.

Ungkapan Alhamdulillah dilaungkan, sujud syukur dilakukan bagi mensyukuri kejayaan yang telah diberikan kepada diri ini yang sentiasa berharap. Melihat slip keputusan yang terpapar di skrin laptop telah melegakan diri yang sebelumnya gelisah dan resah.

Pelbagai reaksi pelajar UiTM terpancar di " Wall Facebook ". Ada yang kecewa, gembira, riang, hampa dan teruja dengan keputusan yang diterima oleh rakan sepejuangan -membandingkan GPA sesama rakan dan teman. Anugerah Dekan atau " Dean List " sering dijadikan pengukur kejayaan untuk keputusan yang telah keluar.

Dalam pelbagai reaksi yang ditunjukkan yang kian melekakan diri sendiri, ada terlahirnya azam dan matlamat untuk terus berjaya dan menebus kecewa yang diterima dari keputusan yang lalu. Kesilapan yang telah dilakukan dikenang untuk membina satu motivasi untuk mencipta suatu kejayaan pada masa hadapan.

Kejayaan kita sekarang belum menentukan kejayaan kita pada masa hadapan.
Kegagalan kita sekarang tidak bermakna kita gagal selama-lamanya.
USAHA ialah kunci untuk kejayaan. Tanpa usaha tiada kejayaan untuk dimiliki.

Mari kawan, teman, dan rakan sepejuangan, kita mengambil iktibar apa yang telah berlaku. What's done is done.
Mari kita memulakan buku yang baru untuk mengharungi semester yang akan datang ini.
Mari kita berusaha untuk mencipta kejayaan kita pada semester depan dan masa-masa yang akan datang.

Wednesday, November 2, 2011

Belajar...

Belajar itu suatu ibadah. Di mana letaknya keindahan ibadah belajar? Di buku yang dibaca ataupun pada mata pensel yang menulis nota? Belajar itu sesuatu yang indah apabila dikenang. Tetapi apa yang membuatkan belajar itu indah? Jawapannya agak senang untuk dikatakan tetapi sukar untuk dilakukan iaitu usaha kita mempelajari sesuatu ilmu. Bertambah kuat dan tekun usaha kita belajar, bertambah indah ibadah kita itu. Dalam kita berusaha menuntut sesuatu ilmu itu kita tidak boleh sesekali berputus asa.

Hadis Rasulullah saw :

"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok."
- (Imam Hassan Al-Bana)-

Dalam pengakhiran setiap pembelajaran itu, pasti ada orang berjaya dan ada orang yang tidak berjaya. Berjaya dan gagalnya seseorang itu telah ditakdirkan oeh Allah swt tetapi kita tidak tahu takdir kita pada masa depan. Oleh sebab itu, kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal serta berdoa kepada Allah swt. Kejayaan yang kita inginkan ialah kejayaan yang diredai oleh Allah swt. Kejayaan yang tidak diredai oleh Allah swt itu adalah ujian kepada kita. Gagalnya kita pada sesuatu tidak bermaksud kita ini tidak berguna, tidak berdaya untuk melakukan apa-apa atau berada jauh dengan Allah swt, tetapi kita diberikan peluang untuk membaiki diri sendiri dan yang paling penting sekali mendekatkan diri dengan Tuhan yang Maha Esa.

Lakukan sesuatu ibadah itu kerana Allah swt, sesungguhnya setiap amal bermula dengan niat. Dan tiada amal tanpa ilmu. Tiada istilah amal takliq dalam kamus kehidupan seorang muslim. Oleh sebab itu juga, kita harus melengkapkan diri kita dengan ilmu yang wajib iaitu ilmu yang berkaitan dengan ibadah dan ilmu fardu ain.

Sunday, October 16, 2011

Sedekah itu Rezeki

Apa yang kamu ingin lakukan apabila datang seorang meminta derma daripada anda?

Selalunya ramai tidak akan melayan orang tersebut. Tidakkah kita mngetahui apa yang kita miliki itu datangnya dari Allah swt? Nikmat Allah swt ini perlu kita berkongsi bersama dengan orang lain dengan cara yang betul dan bermanfaat.

Jika kita bersedekah ikhlas kerana Allah swt dan mensyukuri nikmat Allah di dunia, Insyaallah nikmat yang diberikan kepada kita akan digandakan.

Bukan niat saya ingin menunjuk-nunjuk tetapi berdasarkan pengalaman saya, pada satu hari saya berjalan-jalan di sebuah kedai dan saya didatangi seorang meminta derma dari saya. Saya terus mengeluarkan dompet dan memberikan duit kepada orang tersebut tanpa melihat berapa yang saya berikan. Tidak saya menduga yang saya telah memberikan duit terakhir saya kepada orang tersebut.

Beberapa hari selepas itu, saya menerima hadiah daripada ahli keluarga saya yang lebih bernilai dari apa yang saya sedekahkan pada hari yang sudah.

Apa yang ingin kongsikan ialah bersedekah itu tidak merugikan diri kita, tetapi sedekah ialah satu jalan yang diberikan oleh Allah swt untuk kita mendapat nikmat Allah swt yang lebih baik.

Sunday, October 9, 2011

Sem Pertamaku di UiTM

Assalamualaikum.

Pulau Pinang memang PANAS~. Itu yang aku boleh ungkapkan. Tetapi di dalam kepanasan di P.Pinang ini, kos hidup di sini amat murah dibandingkan dengan tempat lain. *Alhamdulillah Jimat Duit Aku.

Pada awal semester, aku terpaksa berjimat habis, sebab terlupe nak apply duit PTPTN. Ade jgk budak yang dah dapat duit PT. tapi ramai budak yang baru dapat duit PT tu terus tukar phone masing2. Aku hanya dapat tengok dengan jeles nye.

Aku fikir, buat ape beli phone mahal-mahal, tapi pakai duit PTPTN. Ini bukan mase nye untuk show off.
Bile musim kelas mule, aku dengan semangat belajar datang awal setiap kelas dan duduk barisan paling depan sekali. *Semangat Tengah Berapi*

The best part is aku tak tau kenape aku boleh berubah menjadi seorang gigih dalam Sem 1 ni. *sebelum nie aku ni yg pling malas sekali.*

Study dari Pagi sampai awal Pagi keesokkan hari nye. walaupun ramai orang cakap sem 1 senang, tapi kite kene jugak berusaha. Btol tak? **tp xerlu gigh. Haha.

Then lama-lama, aku dapat tahu aku dah gila sebab aku ni suke belajar ditahap yang melampau. Semue kerja, homework, assignment, mini project or group work.... siap awal dari date yang ditetapkn. Walaupun group work, aku buat sorang-sorang. Entah kenape rajin+gigih aku ni hebat sangat.
Dalam proses gile-gile belajar, then classmate aku tanye aku, :
“Wei Faiz, ko ni study dan terus study x boring ke? Bile ko nak jalan-jalan kat Penang ni?”

aku pon jawab, ; “Aku ni x tak kaya mane, so duit pon xde. Keluar mmg nak tapi kekangan duit la.”

Hehe. Masalah duit itu hanye alas an. Aku ni sebenarnye tak nak leka walaupon seketika kt UiTM tu. Aku hanya dapat tengok kawan2 dan classmates aku bergembira melancong di Pulau Pinang tu.

Tapi aku ni tetap jugak terus belajar. Then, subjek Math and Physics ade TEST dan QUIZ. Mase itu lah ramai budak bru nak belajar. Tapi aku relax dan terus Relax. Part yg paling best ialah bile tengok markah TEST-TEST math dan physics aku. Alhamdulillah. Berbaloi Study gile-gile.

Test 1 dan 2 Math – same markah. Tak bertambah, tak berkurang dari yg sebelum nye.

due-due nye Perfect score. 30/30.

Test 1 Physics - 29/30. Test 2 dan 3 Phyics – 30/30.

***Thank You to My Lecturers : Miss Nurul Ain Abdullah (math) and Miss Nurul Nazwa (Phy)

Ini lah first time aku dapat markat penuh dalam hidup aku. ALHAMDULILLAH.

Semakin dah nak abis semester semakin susah belajar. Aku pon semakin gigih study. At the end of the semester, aku apply jpa scholarship. And Alhamdulillah I got it. No need to think about PTPTN anymore….


BTW, finally aku keluar jugak pergi jalan-jalan kat penang. Tetapi hanye Sekali dalam satu Semester. *xkan setiap weekend, aku nak duduk dan belajar dalam bilik je.

Berakhir Sem Pertama Dengan Kebahagian Yang Indah

Monday, May 9, 2011

Salam Pulau Pinang...


Tarikh : 9/5/11

Assalamualaikum. Sekarang ini topik yang paling banyak diperkatakan ialah kejayaan kawan-kawan saya mendapat biasiswa dan perubahan alam dari alam sekolah kepada alam Universiti. Akhirnya saya tidak lagi menjadi budak hingusan sekolah. [ Hei, hei, saya ini dah masuk U ok. ] Sekarang ini dah boleh cakap “Sape poei sekolah lagi”. Haha.

Saya tidak mendapat biasiswa dari mana-mana penaja sama ada JPA or MARA. Keputusan SPM saya yang lepas tidak begitu bagus kalau dibandingkan dari kawan-kawan yang lain. Rezeki ada di mana-mana. Ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Mungkin rezeki saya bukan masa ini. Think +ve. Go Faiz Go.

Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UiTM. UiTM Penang, Kampus Bukit Mertajam. Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Walaupun bunyi macam jauh dari Negeri Sembilan yang saya amat cintai ini, tetapi ada benda yang perlu dikorbankan untuk mendapat benda lain. Mungkin benda itu lebih baik dari yang sebelumnya. Sebenarnya, merantau di tempat orang ini amat menyeronokkan. Saya boleh belajar bahasa utara dan dapat pengalaman yang berguna.

Saya juga tumpang gembira atas kejayaan kawan-kawan saya mendapat biasiswa dari JPA ataupun MARA.

MARA : Afnan Rahman, Hanis Mustafah, Helmi Husni, Yazid Boestami, Farid Rusli, Syahirah M.Ruse, Najibah Zahirah dan Alyani Nazirah

JPA : Fadhlina Tukiman dan Suhada Khalid

Saya ucapkan tahniah kepada yang telah mendapat biasiswa.

Saya doakan setiap kawan saya atau classmate berjaya dalam mengejar cita-cita dan impian masing-masing.

Khas buat My Classmate 515 :

Semoga berjaya belajar di Universiti or Matrikulasi.

SAYA AMAT BERBANGGA SEBAB BERKENALAN DENGAN KAMU SEMUA.

Dan JUMPA LAGI NANTI


Friday, April 29, 2011

Boring-boring Di Rumahan

Hidup sebagai lepasan SPM membebankan dan agak tough serta sukar untuk mengharungi.. Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang datang dari DAPUR atau MEJA MAKAN serta KATIL dan x lupe kepada LAPTOP, PHONE.. Mmg boring kalo ddk rumah aje. *moh poei jalan2 kojap nk x?... so macam mane kite nk atasi masalah lepasan spm ini?

Ade yang jadi penganggur sepenuh mase, terhormat, sejati dan tegar. Ade orang kata hidup di alam lepasan SPM utk makan2 saje. *wah2 abis semue makanan ko nak ngap. Ngap2 jugak tapi jgn la sampai badan nmpk2 mmbesar-besar. Rutin harian bagi penganggur ialah sudah tentu TV, pesbok aka facebook, tidur mcm xnk bangun2 lagi, main PS dan mcm2 perkare pelik2. Inikah pemimpin2 mase depan negare? *wah hbat bercakap, aku pon same daa..kui3. Tapi aku nye rutin harian lain2 skit. Aku selalu melawat kompleks sukan belia di PAROI tu setiap hari2. *kalo nk jumpe aku selalu2 sila dtg ke kompleks sukan. Ngeh3. Hampir semue bende kat kompleks tu aku dah main. *eg..

1@ futsal. *aku selalu on bile ade event. so roger2 je aku ni.

2@ basketball..

3@ jogging...*jogging malam mmg sedap.

4@ badminton....*bru sekali masuk

5@ GYM.....*nak jugak bdan berbentuk skit. Ngeh3.

6@ Tgk bola......*xkire di stadium atau TV. Aku kn sentiase on.

Ade yang menjadi orang yang berkerjaye. Senang citer mereka ini bekerja. *eg = promoter, cashier, tukang minyak, dan di secret recipe, mcd, kfc, A&W... mencari duit untuk mereka jua. Ini lah orang yg bagus2 sbb x nk menyusahkn parents diorang. Bekerja smpai x ingat dunie pon ade. Pagi2 dah pergi kerje sampai x mkn. *okey ape. Boleh diet sekali gus. NGEH3.

Tapi mase mereka2 ini dgn family sudah2 sikit maybe xde langsung. *wah dah mengalahkn dato'2 dan datin2 lak. Hahaha. Part paling best bekerja ini ialah GAJI. Gaji ialah segale2 nye. Ngeh3. Bile gaji masuk je, hahaha mereka yg akan dikejar2 oleh penganggur ini. Mcm x biase lak. Penganggur ni agak mcm parasite dan pisau2 cukur2. hahaha. **nak mintak belanje je tahu.

Orang yg berduit ni senang skit utk ajak keluar pergi jalan2 kt KL, dan SEREMBAN. *[idup seremban] atau main2 futsal.. Orang yang bekerje ini jugak pemboros. Percaye la sbb aku pon pernah kerje. *opss kantoi pemboros jugak. Hohoho~. Duit gaji cepat je abis. Pertengahan bulan je duit2 dah hampir kering. Hahaha.~

Bile citer pasal pergi keluar dan jalan2 ni, aku dah pergi ke mcm2 tempat la. Duit aku pon macam MENGALIR keluar seperti air. *sedih2 duit makin kekurangan. Midvalley, TS, Sunway Pyramid, KLCC, Shah Alam, Jasin, Melake dan x lupe kepada PUDU, semue nye aku dah pergi. Haha. X lupe jugak kepada SOROMBAN yang aku sayangi ini. *jgn la ajak aku kuar gi seremban sbb aku pon x tahu nk jln2 kt mane lagi kat srmban tu. Kui3.~

Sejak akhir2 ini aku dah mcm kt rancangan JEJAK KASIH daa kt pesbok. Makin rmai kawan sekolah rendah aku jumpe. *tapi serius aku ingat2 lupe kt korang semue. So jgn la kecik hati dgn aku ni. Aku agak pelupe. Kt sekolah rendah kgv tu, aku bkn nye aktif sangat dan x pandai sangat pon. *fyi korang semue, mase aku drjh 6, aku kelas di hujung dunie. Kelas last tu. Sedih2 bile dikenang2. Tapi kite semue dah berubah. Ade yg makin cantik2 *cik adik ade nombor phone? Ngeh3, makin besar2 pon ade dan tinggi2 serta handtem2 jgk.. dulu time skolah rndah semue nye comel2. *especially aku la. X nk kalah jugak...Haha. so aku pon rase happy sbb aku dpt jgk kenal kembali sahabat2 lame aku yg dah lame x jumpe. HOHO.~ Ini lah kisah nye......

Alamak dah abis dakwat. *idea dah kering la. Hahaha.

Sekian....

Book Fair, KLCC dan sesat.

Haha. Tengok2 aku dah berjaye update blog aku ni...

Sebelum pergi pesta buku. Semangat plan2 dgn Helmi Husni *HH*. Plan nk gerak awal dari KTM pukul 8 pagi. Sudah2 pkul 9 bru nk naik KTM. *biase la org MELAYU. Hahaha.

Naik KTM smpai BTS. Pastu tukar naik LRT pergi PWTC terus... aku ingat HH tahu cmne nk pergi book fair tu. Tgk x tahu da. Tmbah satu lagi masalah. Pastu nmpk sekumpulan perempuan yg bersemangat mcm kiteorg ni. Aku dan HH pon ikut gadis2 itu. Nasib baik betul. Diorg pon nk pergi pesta itu jugak. *mmg tuah ikut gadis2 cantik2.hehe.

Masuk PWTC tu dah blur2. ape nk buat. Buku ape yg cari pon x tahu. So masuk2 lah semue gerai buku. Yg aku paling pelik, aku kne isi borang keahlian library Selangor. *DEN anak Nogoghi la. Xpe la isi je la sebab kesian tengok makcik2 kt gerai tu. Mcm x rmai yg masuk tmpt tu. Aku dgn HH pon jalan-jalan dan terus jalan-jalan. Tengok2 buku skit2. kiteorg dah mule rase boring kt dlm pesta ni. Org terlampau rmai sgt. Sesak2. *nk tgk buku lame2 pon sebersalah, kt belakang rmai yg nk beli2 buku itu.

Kesudahan nye nmpk perkataan yg paling best kat situ. *EXIT...Dengan rase agak kesal pergi pesta buku itu, aku pon keluar dr PWTC. Pergi dgn semangat tapi satu buku pon x dbeli.

Then pikir2 nk pergi mane lak. X kn nk balik awal. Bru pukul 12 tgh hari. *cop2 kiteorg kt book fairs tu x sampai sejam pon.hehe. back to story. Kiteorg pon decide pergi KLCC lak. Saje nk bergambar2. *hanis aku dah sampai KLCC da. Hahaha.

Tgh hari sudah. Pergi la mkn lunch kt KLCC subway. Beli yg paling panjang sekali roti nye. *footlong agak nye. (-.-) mmg kenyang la.. then pergi lak tengok wayang citer THOR. Agak2best dan mmg best citer THOR ni.

Dah wayang tu aku dgn HH smpai jumpe Nurul Azhani Azhar *emc TGB. Kebetulan dalam wayang same.Abis wayang kiteorg pon tunaikn misi utame kt KLCC tu. Ambik2 gambar kejap. Pastu balik la. TAPI kejadian nk balik nie lah konflik utame dalam post ini.

gmbar kt sini :http://www.facebook.com/media/set/fbx/ set=a.220528187964698.72340.100000225541972

Kiteorg plan baiknye nk naik bas dari PUDURAYA ke Seremban. Aku dan HH pon ambik PutraLRT dari KLCC pergi la ke Masjid Jamek. Pastu cari-cari StarLRT utk ke PUDU lak. Pastu jumpe jgk. Sampai2 kt kaunter tiket, aku dah hairan dan ragu dgn tmpt tu. Sekali makcik kaunter kate salah tmpt. *xpe2 kiteorg kuat bersabar. Cari2 balik tmpt nk naik STAR tu. Last2 jumpe jugak. Alhamdulillah. Pastu naik la STAR ke PUDU..naik la STAR tu. Sampai2 kt stesen PUDU. Ambik ko sunyi sopi xdo org. *hmm...mane puduraya?*

Kiteorg ingat pergi PUDURAYA berhenti kat stesen PUDU. Xpe maybe kne jalan2 skit bru jumpe Puduraya. Sudah mmg sah kiteorg dah SESAT kat Pudu. Satu bas pon x jumpe kt sane tu. *dalam hati x leh nk sabo lagi ni. HH nye idea la ni. Nk ambik bas kt puduraya. Tp aku dn HH SESAT. *terima kasih HH krn bagi aku pengalaman sesat kt Pudu tu. Hahaha. Aku dan HH x berputus asa lagi. Jalan dan terus berjalan. Sekali sampai kat kwsan perumahan PATI. *pendatang asing tanpe izin. Lagi2 bertambah2 risau.

Dah la sesat. Pastu nk tunjuk action lak. Hahaha. Kiteorg terus jalan dan berjalan. Akhirnye jumpe satu bangun mcm Puduraya. *dalam hati dah bersyukur da. Aku tambah kelajuan berjalan.

Akhirnye sampai jgk. Tp aku dan HH dah hairan sbb xde bas langsung kt situ. Tgk2 salah bangunan da. Bangunan tu tengah buat renovate. *adussssh berkecai harapan aku nk balik seremban. Kiteorg dah give up dah mase tu. Akhir nye nmpk satu kete merah. *teksi sebenarnye. Dah terpakse. Nak buat cmne lagi. Naik teksi tu sampai Puduraya. *kn senang kalo nk teksi dari td.

Smpai2 je kat puduraya tu, terus naik bas ke seremban. Naik2 bas je, aku dan HH terus tido + melepet kt dlm bas tu. Letih la jalan2 sesat. *Aku dgn HH dah berjalan selame hampir sejam. Hahaha kaki kiteorg mmg kuat.

Sekali lagi aku nak ucapkan kepada Helmi husni sbb idea kau bawak aku ke Pudu utk sesat kali pertame kat KL. Haha. Ini lah perjalanan paling best lepas SPM bersame HH.
Sekian.